Monday, 16 December 2013

kesilapanku

hari kedua,masih terkenangkan kesilapan aku...bnyk mana sekalipun air mata yg gugur...tidak dpt kembalikah kekecewaan seorang ayah..walaupun ianya tidak diungkapkan olehnya..ya,aku hanya tahu satu jln ini sahaja iaitu dgn belajar bersungguh2 memperoleh keputusan yg cemerlang..ya Allah,permudahkanlah daku segala ilmu yg dipelajariku agar daku didalam spm kelak dpt menjawap dgn baik dan agar daku dpr keputusan yg cemerlang..seturusnya membanggakan ayahku..amin

hari paling menyedihkan :(

YA ALLAH...SUNGGUH BERAT UJIANMU...SEDIH....NAMUN AYAHKU LBH SAKIT HATINYA BERBANDING DAKU :( knpa aku xdpt bezakan antara 100.00 dgn 10.00????hurmmmmm

Saturday, 26 October 2013

IMAMKU^^

 Assalamualaikum,pembuka bicara..xjwp berdosa!hihihhi...IMAM sape ni??secara teorinya imam ialah seorg yg mampu menjadi ketua kpd org lain...
Ya Allah,layakkah aq berbicara begini??'Allahu Rabbi,siapakah imamku kelak??'acap kali diriku ini bertnya2 namun apakn daya segalanya adlh di tgnMU Ya Rabbi,Kau kuatkn daku menghadapu kehidupan yg hnya sementara ini,yg penuh dgn kelalaian,bahkan hiburan sehingga umatmu ingkar kejln MU!!sugguh!!sugguh!!aq malu,sedih,,sedih mengenangkannya ya Rabb...Kau kuatkn lah hambamu ini dri terjatuh,tersungkur dlm lembah yg sugguh menggerikan ini!Ya Rabbi,,hinanya daku mendambakan hambamu,hinanya daku menginginkan kesempurnaan dlm hidupku,hinanya daku!!umatmu yg plg rendah darjatnya,meminta pelbagai kemewahan,kesenangan,keharmonian dlm kehidupan.Ya Rabbi,kuatkn daku menghadapi smua ragam2 kehidupan ini.Ya Allah,jodoh pertemuan ditgnMU,'perempuan yg baik utk laki2 yg baik,begitu juga sebaliknya', Ya Allah,kau jadikan daku serikanfimyg menjaga maruahku,agamaku,imanku,jadikanlah daku seorg hamba yg dipandang Olehmu diakhirat kelak!permudahknlah urusanku bersama hamba2MU.Ya Rabb,malunya daku mencintai pinjamanMU tanpa izinmu,mugkin ini yg dinamakn nafsu?Nauzubillah!!Ya Allah,tanamknlah sifat cinta pertamaku iaitu Rasullullah S.A.W...Ya Rabb,betapa indahnya 'bernikah utk bercinta' bak kata lain cinta slps bernikah...Subahanallah..adakah detik2 itu milikku??daku teringat akan kisah seorg puteri  nabi Syu'aib yg menyatakn ingin menjadikan Nabi Musa sbgi teman hidupnya^^,,kisah ini terdpt pd surah Al-Gashash,ayat 22-28..Ya Rabbi,doaku hnya satu,semoga jodohku kuat agamanya yg dpt membimbingku ke jln nur.Ya Allah,kau kuatkn diriku utk menjaga ikhtilat,aurak serta ibadahku kpdMU.
"Wahai Allah,sesugguhnya aq memohon kpdmu akan cintamu dan cinta org2 yg mencintaimu,dan amalan yg menyampaikn aq kpd cintaMU,Wahai Allah,jadiknlh diriku lbh mencintaimu drpd diriku dan keluargaku serta air yg segar"sekian..imamku

Friday, 13 September 2013

What,is that him!?^^

“Aku di sinikan selalu menunggu...lalala…" Aku yang baru hendak mengalunkan suara aku yang comel ini tergendala sebentar. "Amboi seronoknya menyanyi!" Sas yang entah dari mana datang tiba-tiba masuk ke kelas aku. "Huh! Sibuk saja kau ini. Aku baru mahu layan lagu Nomad. Engkau kacau daun betul,” ujarku sedikit geram. "Eleh, suara kau bukan sedap pun! Kalau engkau tidak suka aku, aku pergilah dari sini." Muka Sas aku tengok sudah macam orang merajuk saja, aku nak gurau pun tidak boleh. Sas ini kawan baik aku, nama dia sebenarnya Anis. Kami tidak sama kelas tetapi kedudukan kelas yang bersebelahan saja itu yang senang Sas hendak masuk kelas aku.... hahhah... brutal kan dia! Main terjah masuk kelas aku. Eeehhhh…lupa nak kenalkan diriku ini. Nama diberi Atikah Akmar, manis. Baru 16 tahun, panggil Sis sahaja. "Sis, aku geraklah... kau asyik termenung! Buang air liur cakap dengan orang yang berada di dunia khayalan terkenang putera katak tidak kunjung tiba melamar." Membebel Sas. Alamak bagaimana aku boleh terkhayal ini. Aku tepuk dahi. "Bangun semua. Assalammualaikum, cikgu!" tiba-tiba ketua kelas memberi arahan. "Sas, baik engkau balik kelas dulu". Baru aku mahu bercakap dengan Sas, pusing kiri Sas sudah lenyap balik ke kelas dia. Huh! Laju sungguh dia berlari... hihihihi. "Waalaikumusalam semua, duduk dan baca doa.” Ucap guru tersebut. Tapi dia tidak pernah mengajarku sebelum ini. Satu hal pelik tambah tertanya-tanya, mengapa semua rakan-rakan di kelasku ini senyap sahaja! Lebih-lebih lagi pelajar perempuan! Oooo… patutlah. Chop! Tunggu sebentar. Kenapa aku macam pernah jumpa dia ya? Kring... kring... loceng sekolahku berbunyi menandakan waktu yang paling terbaik bagi pelajar! "Huh, apa lah cikgu tadi,” omel aku seorang diri. Sampaikan ada pelajar-pelajar lain saling berpandangan, lantak pi lah hang pa semua... hah, loghat kedah aku sudah keluar… hahaha… "Sis, apa yang cikgu baru tadi ajar kau?"soal sas yang ada disebelahku.Aku apa lagi buat muka blurr je lah sebab sas ni lagi menambahkan mood benggang dlm jiwa raga aku bukan nak ditolakkannya! “Waktu Cikgu Zafran mengajar, dia tanya aku sesuatu!” ucapku dengan penuh teruja sampaikan tanganku turut menari-nari macam orang tengah bersajak. Sas pula bertambah semangat mahu mendengar ceritaku. Disebabkan Sas kesayanganku ini teruja sungguh, aku pun mula bercerita mengenai Cikgu Zafran merangkap cikgu yang paling digilai dikalangan pelajar perempuan bak kata mereka seperti Prince Charming! “Hari ini semua datang ke?” Satu suara yang sedikit garau menyapa cuping telingaku walaupun ianya dibalut dengan kain tudungku suaranya jelas kedengaran. Kenapa dekat je suara Cikgu Zafran. “Eehhmm..ye saya. Apa yang cikgu tanya tadi?” patutlah pun dengar suaranya kuat sangat rupanya cikgu berada disisiku dan paling tidakku sangka cikgu cakap denganku rupanya! ”Haish, saya tanya semua hadir ke?” terkejut dengan kata-kata Cikgu Zafran terus kuberikan jawapan yang mantap singgah di benak fikiranku. ”Saya bukannya penolong, dia penolong kelas sebab saya tidak pasti semua datang atau tidak”jari telunjukku lurus kearah Aina yang duduk di belakangku. ”Saya tanya awak bukan tanya Aina” Ceh, mamat ini nak ishtiharkan perang atau memang perang sedang melutus. Oopps, silap kita mesti hormat para guru mana boleh panggil Cikgu Zafran mamat saja. Baiklah aku panggil Mamat Cikgu Zafran, hahahaha... comel juga nama itu. ”Semua hadir cikgu.” jawapku ringkas sebab jawapan itu aku dapat dari Aina yang membisik di telingaku. Terima kasih Aina! “Boleh pun bagi tahu jawapannya! Berapa kilogram emas dalam mulut awak?” banyakkan bersabar Atikah kerana sabar itu separuh daripada iman. Aku agak yang dia mahu cari kawan bergaduh dan aku mangsanya. ***** “My lovely, Sis!” Dari jauh aku dengar suara brutal. Siapa lagi kalau bukan Sas. ”Aku ada cerita gempak untuk kau. Aku dengar Cikgu Hanif Zafran hendak kahwin!” Aku yang sedang minum air milo terus tersedak, tidak patut Sas bawa berita tergempar waktu aku sedang minum air. Mengapa aku tersedak? Haish! ”Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh juga dia. Selepas ini aku bebas dari mulut puaka dia,” ringkas berbicara. ”Sis, aku rasa Cikgu Zafran suka dekat kau!” Merepek saja Si Sas. Tidak adanya cikgu suka dengan pelajar sendiri. Oh, ya! Terjumpa di kedai bunga tempoh hari. ******** Aku dan Sas menunggu di luar pagar sekolah. Mak cik Nab lambat pula dia hari ini mengambil kami. Panas mendung cuaca hari ini. Sas sudah membebel di telinga aku. Bagus juga sebab tidak lah cengkerik berbunyi antara kami. ”Simpan ini baik-baik kalau hilang, siap awak!” Tiba-tiba, cikgu yang kecomelannya terserlah ini muncul depan kami. ”Baiklah cikgu, Insya Allah” Aku mengambil ia dan berasa sedikit terkejut dengan tingkah lakunya sebentar tadi. Cikgu Zafran menuju ke arah kereta Suzuki Swiftnya yang berwarna biru dan terus memecut laju meninggalkan kami yang dalam kebinggungan. 4 tahun kemudian. ”Cik Atikah, kamu dengar atau tidak penjelasan saya tadi?” Ooppss… mati aku! Hmm, tiba-tiba terkenang zaman sekolah menengah dulu. “Saya harap kamu semua hantar projek akhir ini dua bulan dari sekarang.” Miss Alya dengan tegasnya memberi arahan kepada kami. Wahai pembaca, jangan terkejut. Aku kini berumur 20 tahun! Syukur, Alhamdulillah masih diberi olehNYA untuk meneruskan dakwahku ini. Beberapa minggu lagi aku akan menduduki peperiksaan untuk semestaku yang terakhir, dalam jurusan pengurusan maklumat di UITM. Aku berteleku di birai katil. Jam menunjukkan pukul 9 pagi dan aku terlupa sesuatu. ”Aduhai, aku terlambat hendak mengambil Sas dekat KLIA!!!” dengan terburu-buru aku meredah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Masa berlalu dengan pantas, sedar sahaja kami sudah pun memasuki alam pekerjaan. Sas bertugas sebagai seorang pendidik di Sabah dan pulang ke semenanjung kerana permohonannya di terima untuk bertukar ke Selangor. Aku pula bekerja sebagai pegawai di salah sebuah institusi kerajaan. Bekerja sambil belajar. Setibanya aku di KLIA, aku bergegas sehinggakan terlanggar seseorang. Masa ini juga mahu berdrama. Tidak patut, bukan? ”Minta maaf encik, saya tidak sengaja langgar sebab saya mahu cepat tadi,” dengan perasaan bersalah aku lekas mengutip kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Semuanya milik lelaki yang aku terlanggar tadi. Aku bergegas ini pun sebab tidak ingin Sas bising dekat aku sebab lambat menjemput dia, aku bukannya jenis suka memujuk orang. ”Kalau terburu-buru pun, tengok kiri dan kanan.” Tegas encik tersebut. ”Saya tidak sengaja. Maaf encik saya tadi nak cepat sebab…” kata-kataku tersekat di kerongkong kerana aku terkejut tahap angkasawan hendak berlepas di angkasa sebab muka dia macam aku kenal tapi tidak berapa jelas. Dia menundukkan wajah. “Rasa macam kenallah.” Hatiku bersuara. Ya Allah, kata-kata yang tertulis di kertas itu untuk siapa? Aku? Eh, mengapa sambil aku mengutip kertas itu, aku seperti dapat membaca mesej rahsia! Kertas pertama tertulis WILL, kedua YOU. Kertas seterusnya, MARRY dan ME. Kalau disambungkan semuanya, “WILL YOU MARRY ME?” dan sambungan kertas yang lain pula. ”BE MY WIFE UNTIL JANNAH!” Sah, mesti dia hendak buat kejutan untuk bakal isterinya dan aku sudah rosakkan rancangan dia. ”Awak! Tolong habiskanlah ayat yang tergantung itu atau ada emas dalam mulut awak?” kali ini dia berbicara sambil terukir senyuman di bibirnya dan aku baru teringat dia ialah Cikgu Zafran! Tapi kenapa dia berpeluh-peluh ni? ”Atikah Akmar,will you marry me and be Hanif Zafran future wife until jannah?” Subahanallah, dia mahu cakap itu saja sampai berpeluh-peluh. Tiba-tiba Sas menerpaku dari belakang dan berkata, ”Ya. Saya terima. Saya ingin menjadi isteri awak hingga ke syurga!” selamba Sas wakilkan aku sambil itu dia tunjuk ‘peace’. Amboi, ada-ada sahaja Sas ini! Syukur ke hadrat Ilahi memberikan kita nikmat kehidupan yang hanya sementara ini, walaupun kita banyak mengingkari tanggunjawab sebagai orang islam. Allah Maha Pemurah, DIA meminjamkan kita semua milikNYA terutama udara yang kita gunakan untuk bernafas hingga kini. Mengapa Allah masih memberi kita peluang untuk hidup? Ingatlah bahawa dosa kita terlalu banyak dosa dan Allah beri peluang untuk kita bertaubat. Disini aku ada satu rahsia buat semua yang membaca iaitu kandungan surat yang aku dapat dari Cikgu Zafran. “Kepada bakal isteriku kelak,saat kita berkata ingin,namun allah berkata tunggu,kita merancang,Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah lebih baik.” Cikgu Zafran berkata-kata. “Sejak bila cikgu suka kawan saya?” Sas bertanya soalan yang agak mengejut dan sudah membuat muka ingin tahu. Ketawa Cikgu Zafran seraya tersenyum penuh rahsia.

Monday, 29 April 2013

BENDERA PARTI

klu ikut tajuknya mcm kta ni nk politik lak kn tapi xxxx.....ade cerita diseblkknya....PADA 28/3/13 bersamaan kul 6.30ptg...ayahku tlh mengalami kemalangan moto disbbkn BENDERA tu...maklum lah nk pilihn raya dh mula r pnnddk malaysia gantung bendera2 parti pilihn dorg...bkn nk kta kt sini xleh nk gantung...tpi kne r bertimbg rasa jgn r kt smu tmpt nk letak...smpi hadang jln raya..tgk cm ayah sya dh kemalangan dsbbkn bendera2 tu......

Saturday, 16 March 2013

Novel yang TER..........sayang!!!

tajuk nie comel x???hihihihi.....actually mmg betul pon ika ade novel yg ika SYG.....blh kte kn dh msk3/4x sya bca novel TU!!!!xjemu langsung.......hebat tul penulis novel kta ni ye!!!novelnya adalah......jeng,,jeng,,jeng...huhuhuhu...ika akn bgi tahu nma penulisnya dulu.....firstly NOVEL that i read is...i am read..just read...xsuka nk berkarya...hihihihi...ok2 dh melalut nie..nmenya Suri Ryana...MAID...mula jatuh cinta dn gila2 kn novel mula dri novel ni lah...hihihihi...ini NOVELNYA~Dlm bnyk2 novel yg dh beli n bca...tapi yg kbnykkn novel akk sya yg beli(kantoi^_^)....ika bca je...hahahaha...untungkn!!!NOVEL kedua yg syg gila2 adalah........KAU MILIKKU!!!!karya AISHA HAMZA...NOVEL ni dh cetakn KE-12..wow..amazing!!!ni gmbrnya....